Hari Sukan Negara 2026

Acara

Terokai program dan aktiviti Hari Sukan Negara 2026 yang berlangsung di seluruh negara.

KEJOHANAN T-BALL U9 & U11 TERBUKA KEBANGSAAN EDISI 3.0 SEMPENA HARI SUKAN NEGARA 2026

KEJOHANAN T-BALL U9 & U11 TERBUKA KEBANGSAAN EDISI 3.0 SEMPENA HARI SUKAN NEGARA 2026 ⚾ KEJOHANAN T-BALL TERBUKA KEBANGSAAN EDISI KE-3 SEMPENA HARI SUKAN NEGARA 2026 πŸ‡²πŸ‡Ύ Kejohanan T-Ball Terbuka Kebangsaan kembali lagi untuk edisi ke-3 sempena sambutan Hari Sukan Negara 2026! Kejohanan ini menghimpunkan bakat-bakat muda dari seluruh Malaysia melalui dua kategori yang dipertandingkan: πŸ”Ή Bawah 9 Tahun (U9)πŸ”Ή Bawah 11 Tahun (U11) Penyertaan dibuka kepada persatuan negeri, sekolah, akademi serta kelab-kelab besbol dan sofbol dari seluruh Malaysia, sekali gus menyediakan platform pertandingan yang sihat dan kompetitif untuk pemain-pemain muda mempamerkan bakat serta mengembangkan potensi mereka dalam sukan besbol. Lebih daripada sekadar pertandingan, kejohanan ini merupakan sebahagian daripada usaha pembangunan sukan di peringkat akar umbi dengan matlamat untuk: ⚾ Meningkatkan penglibatan kanak-kanak dalam aktiviti sukan bagi melahirkan generasi yang sihat, cergas dan berdaya saing. πŸƒ Memupuk budaya bersukan dan gaya hidup sihat dalam kalangan pemain, guru, jurulatih, pegawai, ibu bapa serta masyarakat. 🀝 Mengeratkan perpaduan dan semangat kebersamaan melalui interaksi positif antara peserta dan komuniti daripada pelbagai latar belakang. 🌟 Mencungkil dan mengasah bakat muda dalam sukan besbol sebagai asas kepada pembangunan pemain serta kesinambungan pelapis atlet negara pada masa hadapan. Melalui T-Ball, anak-anak bukan sahaja diperkenalkan kepada asas sukan besbol, malah turut belajar tentang kerjasama berpasukan, disiplin, keyakinan diri, semangat kesukanan dan persahabatan. Dari T-Ball bermulanya langkah pertama. Dari akar umbi lahirnya bintang masa hadapan. ⚾🌟 Jumpa anda di Kejohanan T-Ball Terbuka Kebangsaan Edisi Ke-3 Sempena Hari Sukan Negara 2026! πŸ‡²πŸ‡Ύ

Event Information

Event Date 10-10-2026 8:00 am
Event End Date 11-10-2026 5:00 pm
Cut Off Date 30-09-2026 5:00 pm
Capacity 36
Registered 0
Available Place 36
Individual Price Registration Fee: RM300.00 per team | REGISTRATION CLOSED – FULL CAPACITY REACHED
Location PADANG BESBOL UPM

We are no longer accepting registration for this event