Hari Sukan Negara 2026

Acara

Terokai program dan aktiviti Hari Sukan Negara 2026 yang berlangsung di seluruh negara.

EKSPEDISI KEMBARA KE LONG URUN EDISI 2

EKSPEDISI KEMBARA KE LONG URUN EDISI 2 Pada 2–6 Julai 2026, Kelab Pacuan Empat Roda Urun bersama Oiltown Adventure Club (OAC) telah berjaya menganjurkan Ekspedisi Kembara Ke Long Urun Edisi 2 (EKLU2), yang menghimpunkan 210 orang peserta dengan 90 buah kenderaan pacuan empat roda dari seluruh Sarawak.   Ekspedisi bermula dengan Majlis Flag Off di Semalong Pitstop, Sungai Asap, sebelum peserta meneruskan perjalanan ke Long Urun. Majlis pelepasan telah disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak, Encik Lamat Anak Nyalau, yang turut hadir bersama rombongan beliau sebagai tanda sokongan terhadap penganjuran program ini. Turut hadir ialah Presiden Belaga 4x4, Encik Kenneth Seling.   Selain aktiviti pengembaraan, peserta kategori Overland telah melaksanakan misi tanggungjawab sosial dengan menyampaikan sumbangan barangan persekolahan kepada SK Long Urun yang ditaja oleh Persatuan Prihatin Masyarakat Miri dan Persatuan Kebajikan Prihatin Marudi. Majlis penyerahan sumbangan tersebut turut dihadiri oleh Pengerusi Persatuan Kebajikan Prihatin Marudi, Cik Annekiu Sipun. Sumbangan telah disampaikan oleh Encik Daud Wan, selaku Event Manager Northern Sarawak Expedition dan wakil Persatuan Prihatin Masyarakat Miri, kepada Guru Besar SK Long Urun, Encik Adam Awek, bersama rombongan guru.   Selain itu, peserta turut menyampaikan 59 Food Basket kepada komuniti Penan di Kampung Telepe, yang telah diterima oleh Tuai Rumah Kampung Telepe, Encik Baya Sipat. Seterusnya, peserta kategori Overland bergerak ke Lepau Uten Jungle Homestay & Camping bagi meneruskan aktiviti perkhemahan.   Bagi kategori Hardcore, sebanyak 40 buah kenderaan berjaya menempuh laluan hutan sepanjang 10 km yang dinamakan Long Urun Trailblazer, sekali gus melengkapkan cabaran tersebut pada 6 Julai 2026.   Sepanjang program, peserta turut menyertai Smart Off-Roading Workshop (teori dan praktikal) yang dikendalikan oleh WRS 4x4 Sabah, selain menikmati Malam Kebudayaan yang diserikan dengan persembahan istimewa daripada Kumpulan Getari SK Long Urun. Persembahan tersebut bukan sahaja mengetengahkan bakat anak-anak tempatan, malah mempromosikan warisan budaya masyarakat Long Urun kepada para peserta.   Majlis penutupan berlangsung dalam suasana penuh meriah dengan penyampaian sijil penghargaan dan cenderahati kepada para penaja, rakan strategik, badan-badan sokongan, dan peserta. Program diakhiri dengan cabutan bertuah yang menawarkan pelbagai hadiah menarik berupa barangan perkhemahan dan aksesori kenderaan tajaan Opex Outdoor Adventure, Four Wheel Equipment Sdn. Bhd., Hyo Lube (M) Sdn. Bhd. (Hyo Lubricants), dan Hanwei Auto Spare Parts Supply Sdn. Bhd. Hadiah utama (Grand Prize) berupa F55 EMP Turbo pula telah ditaja oleh EMP TurboCharger Sarawak.   Penganjuran EKLU2 bukan sahaja berjaya menghimpunkan komuniti pacuan empat roda dari seluruh Borneo, malah memberi manfaat secara langsung kepada pelajar SK Long Urun serta komuniti Penan di Kampung Telepe melalui inisiatif pendidikan, kebajikan, pembangunan kemahiran, dan pemeliharaan warisan budaya tempatan.   Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua penaja, khususnya Penaja Emas – Opex Outdoor Gear Sdn. Bhd., Aurora Mega Jaya Sdn. Bhd., Opex Venture Sdn. Bhd., EMP TurboCharger Sarawak, Four Wheel Equipment Sdn. Bhd., Hyo Lube (M) Sdn. Bhd., dan Hanwei Auto Spare Parts Supply Sdn. Bhd.; Penaja Perak – Comfort Tyre & Auto Services Sdn. Bhd.; serta Penaja Gangsa – VRB Automotive Services dan City Pests Specialist Resources Sdn. Bhd.   Penghargaan turut dirakamkan kepada semua rakan strategik, termasuk Sarawak Four Wheel Drive Association, Chamo 4x4, Belaga 4x4, BBKC 4x4, Serian 4x4, Pathfinder 4x4 Miri, Bintulu 4x4, Sibu 4x4, dan Sakta 4x4, serta semua badan sokongan, komuniti Long Urun, dan para peserta yang telah bersama-sama menjayakan program ini.     Semoga kerjasama ini dapat diteruskan pada masa hadapan dalam usaha mempromosikan pelancongan komuniti, amalan off-road yang selamat, serta pembangunan masyarakat di pedalaman Sarawak.  

Event Information

Event Date 02-07-2026 8:00 am
Event End Date 06-07-2026 5:00 pm
Cut Off Date 19-06-2026
Capacity 80
Registered 0
Available Place 80
Individual Price Free
Location Long Urun Belaga

We are no longer accepting registration for this event