Hari Sukan Negara 2026

Acara

Terokai program dan aktiviti Hari Sukan Negara 2026 yang berlangsung di seluruh negara.

HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT MAJLIS SUKAN NEGERI KELANTAN

HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT MAJLIS SUKAN NEGERI KELANTAN Sambutan ini bertujuan untuk menggalakkan amalan gaya hidup aktif dan sihat dalam kalangan warga kerja, di samping menyemarakkan semangat kesukanan serta mengeratkan hubungan silaturahim antara wargakerja. Pelbagai acara sukan dan aktiviti telah diadakan bagi memeriahkan sambutan ini, antaranya badminton, pingpong dan netball shoot out. Penganjuran acara-acara ini bukan sahaja memberi peluang kepada para peserta untuk menunjukkan bakat dan kemahiran dalam bidang sukan, malah turut memupuk semangat berpasukan, kerjasama dan persaingan secara sihat dalam suasana yang harmoni. Secara keseluruhannya, Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Majlis Sukan Negeri Kelantan 2026 telah berlangsung dengan meriah dan mencapai matlamatnya dalam menggalakkan penglibatan warga kerja dalam aktiviti sukan dan rekreasi. Diharapkan agar program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi memupuk semangat kebersamaan serta meningkatkan kesedaran tentang kepentingan sukan dan amalan gaya hidup sihat dalam kehidupan seharian.

Event Information

Event Date 04-10-2026
Event End Date 04-10-2026
Capacity 110
Registered 0
Available Place 110
Individual Price $5,000.00

We are no longer accepting registration for this event