Program Fun Run & Fun Walk Scientex Sihat 2026 merupakan satu program kemasyarakatan yang dianjurkan bersempena dengan Hari Sukan Negara 2026. Program ini bertujuan menggalakkan masyarakat setempat mengamalkan gaya hidup sihat, aktif dan cergas di samping memperkukuhkan hubungan silaturahim serta semangat kejiranan dalam kalangan penduduk. Program ini akan menghimpunkan penduduk daripada pelbagai peringkat umur untuk bersama-sama menyertai aktiviti sukan, riadah dan kemasyarakatan yang bersesuaian. Penganjuran selama tiga hari ini diharapkan dapat mewujudkan suasana komuniti yang aktif, sihat, harmoni dan saling bekerjasama. Selain memberi penekanan kepada aspek kesihatan fizikal, program ini turut menjadi medium untuk membina semangat kesukanan, kerjasama berpasukan, disiplin serta menggalakkan penglibatan keluarga dalam aktiviti komuniti.