Sempena Hari Sukan Negara 2026, pihak sekolah telah menganjurkan aktiviti sukan di rumah dengan tema “Bersukan di Rumah, Kekal Sihat”. Aktiviti ini dilaksanakan bagi menggalakkan murid mengamalkan gaya hidup sihat dan kekal aktif walaupun berada di rumah.
Aktiviti ini diadakan pada 9 Oktober 2026 (Jumaat), dari pukul 7.20 pagi hingga 9.20 pagi. Memandangkan keadaan jerebu dan penutupan sekolah, aktiviti sukan yang dirancang telah disesuaikan supaya murid masih dapat mengambil bahagian dengan selamat dari rumah.
Antara aktiviti yang dijalankan ialah lompat tali selama lima minit, latihan balingan bola kertas sebanyak 10 kali serta senamrobik berpandukan video yang disediakan. Murid diminta merakam aktiviti masing-masing dan menghantar video melalui Google Form yang disediakan.
Secara keseluruhannya, aktiviti ini memberi peluang kepada murid untuk terus melibatkan diri dalam aktiviti fizikal, memupuk kesedaran tentang kepentingan kesihatan serta menggalakkan amalan gaya hidup aktif dalam kehidupan seharian.