Program Hari Sukan Negara Peringkat SMK Kiaramas

1.0 PENGENALAN Sambutan Hari Sukan Negara bermula pada 11 Oktober 2024 adalah bertujuan untuk menjadikan sukan sebagai budaya hidup dan juga bersukan dengan mengamalkan gaya hidup norma baharu.   2.0 RASIONAL  Aktiviti ini dilaksanakan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin mewujudkan modal ihsan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan social melalui penyertaan dalam bidang sukan. Seseorang murid itu wajib menyertai aktiviti bersukan untuk menyeimbangi tahap sosial mereka dalam melangkah ke alam kehidupan yang lebih mencabar. Pengalaman yang ditimba melalui aktiviti riadah ini bakal diaplikasikan oleh mereka apabila menempuhi kehidupan seharian. 3.0 OBJEKTIF  3.1  Menggalakkan budaya bersukan dalam kalangan warga sekolah.  3.2  Menitikberatkan penglibatan bersama atau ‘mass participation’ dalam aktiviti – aktiviti     sukan yang akan merapatkan hubungan guru dan murid.  3.3  Menjadikan sukan sebagai gaya hidup sihat bagi mengatasi masalah obesity dalam kalangan warga sekolah.  3.4  Menerapkan gaya hidup norma baharu dalam bersukan di kalangan murid.   4.0 PENGELOLA  Unit Kokurikulum, SMK Kiaramas  5.0 BILANGAN PEGAWAI TERLIBAT Semua Guru SMK Kiaramas  6.0 PERUNTUKAN - Tiada –   7.0 ATUR CARA PROGRAM MASA     PERKARA     TEMPAT  7.50 Pagi     Murid berkumpul di dewan SMK Kiaramas     Dewan Sekolah  8.00 Pagi     Senamrobik      Dewan Sekolah  9.00 Pagi      Pertandingan Bola Jaring  Pertandingan Futsal      Dewan Sekolah  Dataran Sekolah 12.00 Tengah Hari      Bersurai        8.0 SENARAI NAMA MURID DAN SEKOLAH YANG TERBLIBAT 8.1 Jumlah Penyertaan Peserta: JANTINA / BANGSA     MELAYU     CINA     INDIA     LAIN-LAIN     JUMLAH LELAKI     338     3     25     34     400 PEREMPUAN     303     2     18     34     357 JUMLAH     641     5     43     68     757 8.2 Peratusan Penyertaan Peserta: JANTINA / BANGSA      MELAYU     CINA     INDIA     LAIN-LAIN     JUMLAH LELAKI      338     3     25     34     400 PEREMPUAN      303     2     18     34     357 JUMLAH      100%     100%     100%     100%     100%  8.3 Jenis, Gred dan Lokasi Sekolah:  JENIS SEKOLAH     Sekolah Menengah Kebangsaan GRED SEKOLAH     B LOKASI SEKOLAH     BANDAR  9.0 KEKUATAN, KELEMAHAN, PENAMBAIKAN, WAY FORWARD 9.1 KEKUATAN PROGRAM Pelibatan program ini adalah secara melibatkan secara menyeluruh. Semua warga sekolah iaitu guru, Ahli Kumpulan Pelaksana dan murid – murid aliran perdana dan Program Pendidikan Khas Inkusif mengambil bahagian. Ahli Jawatankuasa Kerja progam juga melibatkan semua guru sekolah dan Ahli Kumpulan Pelaksana. Program ini telah memberikan satu peluang kepada warga sekolah untuk menimba pengalaman bekerjasama dalam menjayakan suatu program, di peringkat yang lebih tinggi. Selain itu, program ini juga mempunyai Pelan B sekiranya hari hujan pada hari tersebut. Ini bermaksud program ini tetap akan berjalan walaupun cuaca tidak mengizinkan. Namun demikian, cuaca pada hari tersebut sangat baik untuk pelaksanaan Program Hari Sukan Negara.   9.2 KELEMAHAN PROGRAM Agihan tugas adalah kurang berkesan di mana bilangan staf SMK Kiaramas tidak dapat menampung program yang lebih besar.   9.3 PENAMBAHBAIKAN Pengisian program pula perlu ditambah dengan aktiviti lain seperti kempen kesedaran pemakanan sihat atau pemeriksaan kesihatan dengan kerjasama pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.  9.4 WAY FORWARD Cadangan yang perlu dipertimbangkan pada masa akan datang adalah penetapan tema pada setiap tahun, misalnya sukan rakyat, permainan tradisional, sukan elit dan banyak lagi supaya pengisiannya lebih menarik dan kreatif.                         10.0 LAMPIRAN   HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT SMK KIARAMAS TAHUN 2024 TARIKH: 11 OKTOBER 2024 (JUMAAT) MASA: 7:40 PAGI – 12:00 TGH HARI TEMPAT: DEWAN SMK KIARAMAS             (ZARIFAH     AISYAH     BINTI ZAMBERI)      Penolong Setiausaha Sukan SMK Kiaramas.      MOHAMAD          Disemak oleh,   SHAPE  \* MERGEFORMAT       ( NUR SHAFRIZAN BINTI SENA BUL )    GPK Kokurikulum, SMK Kiarmas.   Disahkan oleh;   (SITI MUTI’AH BINTI HAIRAN) Pengetua, SMK Kiaramas. 

Event Information

Event Date 11-10-2024 7:40 am
Event End Date 11-10-2024 12:00 pm
Capacity 800
Registered 0
Available Place 800
Youth 760
Women 65
Children tiada

We are no longer accepting registration for this event