HARI SUKAN TAHUNAN
SJKC AIK HUA telah mengadakan acara Sukan Tahunan bertempat di padang sekolah. Acara ini disertai oleh murid tahun 1-6 serta ibu bapa. Tujuan utama penganjuran acara sukan ini adalah untuk menggalakkan semangat kesukanan, memupuk kerjasama berpasukan, dan mempereratkan hubungan silaturahim antara warga sekolah. Sukan Tahunan dimulakan pada jam 8.00pagi dengan perarakan rumah sukan. Empat rumah sukan yang bertanding ialah: Rumah Merah Rumah Biru Rumah Hijau Rumah Kuning Setiap rumah sukan membawa sepanduk mereka dan menunjukkan semangat serta sokongan padu kepada pasukan masing-masing. Pelbagai acara dipertandingkan sepanjang hari, termasuk acara balapan seperti larian 50m, lompat jauh, acara sukaneka dan tarik tali. Selain itu, terdapat juga acara untuk guru-guru dan ibu bapa yang menambah kemeriahan sukan tahunan kali ini. Rumah Biru dan Kuning berjaya meraih piala kemenangan kerana menunjukkan prestasi cemerlang dalam hampir kesemua acara yang dipertandingkan. Rumah sukan lain juga menunjukkan semangat yang tinggi walaupun tidak berjaya memenangi juara keseluruhan. Acara Sukan Tahunan ini telah berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada semua warga sekolah. Kerjasama antara guru, murid, dan staf sekolah sangat dihargai. Semoga acara ini dapat diteruskan pada masa akan datang dengan lebih meriah dan berjaya. Sekian, terima kasih.
Event Information
Event Date |
11-10-2024 7:40 am |
Event End Date |
11-10-2024 12:00 pm |
Capacity |
200 |
Registered |
0 |
Available Place |
200 |
Children |
150 |
We are no longer accepting registration for this event