Hari Sukan Negara SMK Pendidikan Khas Bumbong Lima

Hari Sukan Negara SMK Pendidikan Khas Bumbong Lima Hari Sukan Negara merupakan agenda nasional yang disambut baik secara tahunan pada minggu kedua bulan Oktober sejak 2015. Sambutan ini merupakan inisiatif pihak Kementerian Belia dan Sukan untuk membudayakan dan merakyatkan sukan dalam kalangan masyarakat menerusi amalan gaya hidup cergas dan aktif. “Cergas Bersama” merupakan tema yang dipilih pada Sambutan Hari Sukan Negara 2024. Cergas bersama membawa maksud yang luas yakni membawa kepada kesedaran tentang pentingnya gaya hidup aktif dan cergas menerusi aktiviti sukan dan rekreasi.      Kementerian Pendidikan Malaysia juga tidak terlepas dengan mewajibkan sekolah-sekolah kerajaan di Malaysia untuk mengadakan sambutan ini. Oleh itu, SMK Pendidikan Khas Bumbong Lima telah menyambut baik seruan pihak kementerian dengan turut serta bagi menganjurkan Sambutan Hari Sukan Negara. Permainan tradisional menjadi aktiviti pilihan buat unit sukan SMK Pendidikan Khas Bumbong Lima. Permainan tradisional ini menjadi pilihan kerana unit sukan sekolah mahu MBPK untuk mengenal permainan-permainan tradisi nenek moyang agar tidak lapuk ditelan zaman. Contohnya, pihak pengelola telah mengadakan permainan tarik upih dan galah panjang yang melibatkan kesemua MBPK.

Event Information

Event Date 11-10-2024 8:00 am
Event End Date 11-10-2024 10:30 am
Cut Off Date 11-10-2024 8:00 am
Capacity 83
Registered 0
Available Place 83
Persons with Disabilities (OKU) 83
Location SMK PENDIDIKAN KHAS BUMBONG LIMA

We are no longer accepting registration for this event