hari sukan negara daerah kuala muda

hari sukan negara daerah kuala muda PROGRAM MINGGU SUKAN DAN GAYA HIDUP SIHAT PERINGKAT IPD KUALA MUDA SEMPENA HARI SUKAN NEGARA 2024 SUNGAI PETANI, 13 Oktober 2024 (Ahad) - Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda pagi ini telah menganjurkan Program Minggu Sukan Dan Gaya Hidup Sihat Peringkat IPD Kuala Muda sempena Hari Sukan Negara 2024 pagi tadi. Program melibatkan warga kerja IPD Kuala Muda yang bermula pada jam 7.30 pagi itu telah diadakan di Dataran Kawad IPD Kuala Muda. Aktiviti senamrobik telah diadakan seiring matlamat Hari Sukan Negara yang bertemakan "Cergas Bersama" bagi memupuk kesedaran di kalangan warga PDRM dalam mengamalkan gaya hidup yang sihat. Program ini turut dihadiri oleh Ketua Polis Daerah Kuala Muda, YDH ACP Tuan Wan Azharuddin Bin Wan Ismail, SUPT Tuan Hj. Zulkifli Bin Hj. Azizan, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Ketua-Ketua Bahagian, Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai Rendah Polis dan Pegawai Awam dari IPD Kuala Muda.

Event Information

Event Date 13-10-2024
Event End Date 13-10-2024
Capacity 300
Registered 0
Available Place 300
Senior Citizens 80
Youth 150
Women 70
Location senamrobik perdana hsnkm

We are no longer accepting registration for this event