BAYI AKTIF - BABY CRAWL 2.0

Syarat Penyertaan (BAYI MERANGKAK) Bayi berusia 6 bulan hingga 12 bulan sahaja. Setiap bayi wajib ditemani ibu & ayah / ibu atau ayah & penjaga. Sila sertakan salinan surat beranak atau mykid anak anda. Syarat Pertandingan (BAYI MERANGKAK)1. Setiap bayi akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan terdiri daripada 10 orang dalam satu kumpulan.2. Hanya seorang bayi bagi setiap kumpulan akan mara ke peringkat akhir. (sebarang perubahan mungkin akan berlaku dan akan diumumkan) 3. Pertandingan kumpulan akan tamat setelah bayi pertama melepasi garisan penamat. 4. Setiap peserta & ibu, bapa atau penjaga wajib hadir sekurang kurangnya 45 minit sebelum pertandingan bermula bagi mengelakkan kesesakkan sewaktu pendaftaran. 5. Hanya 2 orang sahaja dibenarkan berada di pentas pertandingan iaitu ibu & ayah atau ibu & penjaga atau ayah & penjaga. 6. Seorang penjaga berada digarisan mula untuk lepaskan bayi dan seorang lagi berada di selepas garisan penamat. 7. Ibu & ayah dibenarkan untuk membawa apa saja jenis barangan sebagai tarikkan atau umpan kepada anak seperti, bantal busuk, mainan dan lain lain. 8. Ibu dan ayah yang menjaga garisan penamat berada sebelum garisan penamat atau ditepi akan dibatalkan. 9. Bayi hanya dibenarkan merangkak dan sekiranya bayi berdiri secara tiba tiba dan sambung merangkak juga dibenarkan. Namun, jika bayi bangun dan terus berjalan akan dibatalkan. 10. Ibu, ayah atau penjaga dilarang sama sekali menjeling, menyergah atau apa saja yang boleh membuat bayi pesaing menjadi takut akan dibatalkan.   11. Ibu, ayah atau penjaga perlulah peka dengan keadaan sekeliling, menjaga barangan peribadi dan anak-anak yang lain serta mendengar dengan teliti setiap pengumuman yang dibuat.   

Event Information

Event Date 12-10-2024 9:00 am
Event End Date 12-10-2024 5:30 am
Capacity 500
Registered 0
Available Place 500
Location Menara KBS

We are no longer accepting registration for this event