SUKANEKA HARI SUKAN NEGARA

SUKANEKA HARI SUKAN NEGARA Pada 7.30 pagi murid dan guru berkumpul di tapak perhimpunan dan kedatangan murid juga diambil oleh guru kelas masing-masing. Pada jam 7.45 pagi, murid-murid diberi sedikit taklimat oleh Encik Satish Raj tentang tentatif acara sukaneka. Seterusnya, pada jam 8.00 pagi acara senamrobik dimulakan. Semua warga SJKT Jalan Bangsar  mengambil bahagian. Kelihatan semua murid dan guru bersemangat melakukan aktiviti senamrobik. Acara ini tamat pada jam 8.30 pagi.   Selepas senamrobik, acara sukaneka dimulakan. Acara tersebut berbeza mengikut tahun dan dipecahkan mengikut rumah sukan-masing-masing. Sukaneka dimulakan dengan acara prasekolah dan tahap 1. Semua murid kelihatan sangat bersemangat untuk memberikan yang terbaik demi rumah sukan masing-masing. Guru-guru yang terlibat juga menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab untuk memastikan acara sukaneka tersebut berjalan dengan lancar.    Acara sukaneka tamat pada jam 10.30 pagi. Semua murid rehat di kantin. Murid tahun 6 membantu guru mengemas dan menyimpan peralatan di dalam stor sukan terlebih dahulu sebelum bergerak rehat di kantin. Selepas itu, acara penyampaian hadiah dimulakan. Semua murid sangat gembira menerima hadiah setelah berusaha bermain acara sukaneka sebaik mungkin. Tepat jam 12.00 tengahari semua warga SJKT Jalan Bangsar dibenarkan bersurai. Kesimpulannya, sambutan ini berjaya mencapai objektif yang telah ditetapkan oleh Kementerian Belia dan Sukan iaitu berjaya mengajar semua warga SJKT Jalan Bangsar untuk hadir ke sekolah mengeluarkan peluh seterusnya menjalankan hari yang sihat dan cergas. Diharap, aktiviti ini dapat dijalankan lagi di masa akan datang dengan lebih meriah.

Event Information

Event Date 11-10-2024 8:00 am
Event End Date 11-10-2024 12:00 pm
Cut Off Date 11-10-2024 12:00 pm
Capacity 90
Registered 0
Available Place 90
Senior Citizens -
Veterans -
Youth -
Persons with Disabilities (OKU) 1
Women 8
Children 90
Location SJKT BANGSAR

We are no longer accepting registration for this event