Senamrobik dan Permainan sempena Hari Sukan Negara

KERTAS KERJA HARI SUKAN NEGARA
SEKOLAH KEBANGSAAN BARI, SUNGAI TONG
1. PENDAHULUAN
Hari Sukan Negara merupakan inisiatif Kementerian Belia dan Sukan untuk memupuk semangat kesukanan dan gaya hidup sihat dalam kalangan rakyat Malaysia. Sekolah Kebangsaan Bari, Sungai Tong, turut menyokong inisiatif ini dengan menganjurkan program Hari Sukan Negara peringkat sekolah. Aktiviti ini bertujuan untuk menggalakkan pelajar dan warga sekolah mengamalkan gaya hidup sihat melalui penyertaan dalam pelbagai aktiviti sukan dan rekreasi.
2. OBJEKTIF
Memupuk semangat kesukanan dalam kalangan pelajar.
Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan gaya hidup sihat.
Menggalakkan penglibatan warga sekolah dalam aktiviti fizikal.
Membina hubungan kerjasama antara pelajar, guru, dan komuniti setempat.
3. TARIKH, MASA & TEMPAT
Tarikh: 13 Oktober 2024
Masa: 8.00 pagi - 1.00 petang
Tempat: Padang Sekolah Kebangsaan Bari, Sungai Tong
4. JAWATANKUASA PELAKSANA
Pengerusi: Encik Faizal Bin Din
Naib Pengerusi I: Encik W Mohd Zuhdi bin W Mohd Amin (GPK Kokurikulum)
Naib Pengerusi II:Pn. Mariati binti Sulaiman (GPK Pentadbiran)
Naib Penegrusi III:Pn. Murniyati binti Ramali (GPK Hal Ehwal Murid)
Setiausaha:Encik Mohd Farid bin Yusof
Ahli Jawatankuasa:
1.Soleh bin Mohd Noor
2.Ustaz Zaidi bin Yahya
3.Nazri bin Mustafa
4.Mohd Helmy Ridhuan bin Rusli
5.Cik Norhamizah binti Omar
6.Pn.Latifah binti Lateh
7.Pn. Zuraini binti Muhammad
5. TENTATIF PROGRAM
8:00 pagi: Ketibaan pelajar, guru dan tetamu jemputan
8:30 pagi: Ucapan alu-aluan oleh Guru Besar
9:00 pagi: Perasmian Hari Sukan Negara oleh Guru Besar
9:10 pagi: Senamrobik
9:30 pagi: Pertandingan Sukan (Bola Katok)
10:30 pagi:Rehat
11:00 pagi: Pertandingan Sukan ( Bola Bayang)
12.00 tgh:Majlis Penyampaian hadiah dan penutup.
6. ANGGARAN PERBELANJAAN
Bil Perkara Kuantiti Kos (RM)
1 Hamper 6 set 200
2 Bola Dodge Ball 2 Biji 100
3 Minuman 32 org 64
4 Banting 2 unit 60
Jumlah 424
7. PENUTUP
Program Hari Sukan Negara di Sekolah Kebangsaan Bari, Sungai Tong, diharap dapat meningkatkan semangat kesukanan dan kesedaran tentang gaya hidup sihat dalam kalangan pelajar serta warga sekolah. Program ini juga akan mengeratkan hubungan antara pelajar, guru, dan masyarakat setempat. Semoga program ini berjalan lancar dan mencapai objektif yang telah ditetapkan.
Disediakan oleh:
Nama: En. Mohd Farid bin Yusof
Jawatan: Setiausaha Sukan
Tarikh: 7 Oktober 2024
Disemak oleh:
Nama:Encik Faizal bin Din
Jawatan: Guru Besar SK Bari Sungai Tong
Tarikh: 10 Oktober 2024
Event Information
Event Date |
13-10-2024 8:00 am |
Event End Date |
13-10-2024 1:00 am |
Cut Off Date |
13-10-2024 7:30 am |
Capacity |
45 |
Registered |
0 |
Available Place |
45 |
Veterans |
7 |
Persons with Disabilities (OKU) |
2 |
Women |
6 |
Children |
32 |
Location |
SK KAMPUNG BARI SUNGAI TONG
|
We are no longer accepting registration for this event