Sambutan Hari Sukan Negara 2024 Peringkat SK Salak South

Pada 11 Oktober 2024 (Jumaat), pihak Sekolah Kebangsaan Salak South telah mengadakan sambutan Hari Sukan Negara 2024 peringkat sekolah. Sambutan telah diadakan di perkarangan sekolah dan padang SK Salak South. Semua murid arus perdana, termasuk PPKI dan murid Pra Sekolah telah terlibat dalam menjayakannya. Seramai 228 murid lelaki dan 212 murid perempuan terlibat dalam sambutan Hari Sukan Negara. Taburan murid SK Salak South terdiri daripada pelbagai kaum di Malaysia antaranya Bajau, Kadazan, India, Semai, Sungai, Cina, Bugis, Mangkaak, Punjabi, Khek, Kayan, Murut, Orang Asli, Indonesia, Pakistani dan Sea Dayak. Terdapat pelbagai permainan telah dibuat sempena sambutan dijalankan. Antaranya sukan rakyat (karom, batu seremban congkak, karom), baling tin, bowling kelapa, bola tampar, bola sepak dan tarik tali. Antara kekuatan semasa sambutan dijalankan ialah ianya melibatkan penglibatan murid 100% dari semua darjah, selain itu terdapat pelbagai aktiviti permainan disediakan.  Kekurangan pula ialah limitasi masa penganjuran, dimana permainan hanya dimainkan mengikut tahun semasa sahaja. Selain itu kekurangan tenaga jawatankuasa kerja sewaktu sambutan berikutan sebab-sebab yang tidak dielakkan.  Penambahbaikan yang boleh dibaiki pada masa hadapan seperti memperuntukkan masa yang lebih lama bagi sambutan dan menyediakan hadiah, cenderahati atau token kepada murid-murid. Way Forward bagi program akan datang. Pihak sekolah akan bekerjasama bersama PIBG sekolah bagi memastikan segala pelaksanaan berjalan lancar, selain itu sambutan dijalankan pada hari minggu iaitu hari Sabtu atau Ahad. Terakhir, program sambutan ditambah dengan aktiviti-aktiviti berkaitan seperti pameran serta ceramah berkaitan sukan seperti permakanan sihat, kompisisi badan dan sebagainya.

Event Information

Event Date 11-10-2024 7:30 am
Event End Date 11-10-2024 11:00 am
Cut Off Date 11-10-2024 11:00 am
Capacity 440
Registered 0
Available Place 440
Senior Citizens -
Veterans -
Youth -
Persons with Disabilities (OKU) 27
Children 440
Location SK Salak South

We are no longer accepting registration for this event