Kejohanan Merentas Desa SMK Menjalara tahun 2024

Kejohanan Merentas Desa SMK Menjalara tahun 2024 Kejohanan Merentas Desa SMK Menjalara 2024 telah diadakan pada hari sabtu 12 Oktober 2024. Pada jam 7.30 pagi semua murid berkumpul di Tarmac dan ketua guru rumah sukan mengambil kehadiran dan memberikan nombor peserta murid masing-masing sebelum kejohanan bermula. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Wilayah Persekutuan dan bacaan doa oleh saudara Mohammad Aiman Azim bin Kamaruzaman. Majlis seterusnya dirasmikan oleh Yang Dipertua PIBG iaitu Prof. Dr. Jimmy Lim Siau Shiong. Beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua murid dan jemputan yang hadir pada hari ini untuk sama-sama memeriahkan Kejohanan Merentas Desa SMK Menjalara 2024. En Muhd Hafizuddin, selaku Setiausaha Sukan sekolah telah memberikan taklimat ringkas kepada para peserta dan mengingatkan peserta untuk menjaga keselamatan diri ketika melalui jalan-jalan utama. Senamrobik telah diadakan sejurus selesai taklimat tesebut. Pada jam 8.30 pagi, pelepasan murid telah disempurnakan oleh VIP yang hadir dimulai dengan kategori Ibu Bapa, PPKI, diikuti kategori lelaki dan perempuan Kelas tiga, dua dan satu. Majlis Sukan Sekolah telah mendapat kerjasama daripada Jabatan Pengangkutan Jalan Kuala Lumpur dan Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul untuk mengawal lalu lintas. Seramai 4 orang anggota JPJ dan 3 orang anggota Polis telah dihantar untuk membantu pihak sekolah menjayakan kejohanan larian ini.     Acara penyampaian hadiah telah diadakan pada pukul 10.45 pagi. Medal diberikan kepada pemenang tempat pertama sehingga dua puluh bagi setiap kategori. Secara keseluruhannya, kejohanan kali ini telah mencapai objektif dan matlamat kejohanan. Tahniah kepada semua guru dan murid yang telah menjayakan Kejohanan Merentas Desa SMK Menjalara tahun 2024 dan terima kasih juga kepada semua petugas yang terlibat dan jemputan yang sudi hadir memeriahkan majlis.   Disediakan oleh,   ………………………. (MUHD HAFIZUDDIN)   Setiausaha sukan SMK Menjalara  

Event Information

Event Date 12-10-2024 7:30 am
Event End Date 12-10-2024 11:30 am
Cut Off Date 12-10-2024 11:30 am
Capacity 1000
Registered 0
Available Place 1000
Senior Citizens 8
Youth 400
Persons with Disabilities (OKU) 20
Women 70
Location sekolah menengah kebangsaan menjalara

We are no longer accepting registration for this event