KEJOHANAN MERENTAS DESA SMK MENJALARA 2025 (2)

LAPORAN KEJOHANAN MERENTAS DESA TAHUN 2025 TARIKH : 11 OKTOBER 2025 MASA : 7.30 PAGI - 11.30 PAGI TEMPAT : SMK MENJALARA Kejohanan Merentas Desa SMK Menjalara 2025 telah diadakan pada hari sabtu 11 Oktober 2025. Pada jam 7.30 pagi semua murid berkumpul di Tarmac dan ketua guru rumah sukan mengambil kehadiran dan memberikan nombor peserta murid masing-masing sebelum kejohanan bermula. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Wilayah Persekutuan dan bacaan doa oleh saudara Mohammad Aiman Azim bin Kamaruzaman. Majlis seterusnya dirasmikan oleh Yang Dipertua PIBG iaitu En. Amril b. Abdul Latif. Beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua murid dan jemputan yang hadir pada hari ini untuk sama-sama memeriahkan Kejohanan Merentas Desa SMK Menjalara 2025. En Muhd Hafizuddin, selaku Setiausaha Sukan sekolah telah memberikan taklimat ringkas kepada para peserta dan mengingatkan peserta untuk menjaga keselamatan diri ketika melalui jalan-jalan utama. Senamrobik telah diadakan sejurus selesai taklimat tesebut. Pada jam 8.30 pagi, pelepasan murid telah disempurnakan oleh VIP yang hadir dimulai dengan kategori Ibu Bapa, PPKI, diikuti kategori lelaki dan perempuan Kelas tiga, dua dan satu. Majlis Sukan Sekolah telah mendapat kerjasama daripada Jabatan Pengangkutan Jalan Kuala Lumpur untuk mengawal lalu lintas. Seramai 14 orang anggota JPJ telah dihantar untuk membantu pihak sekolah menjayakan kejohanan larian ini. Acara penyampaian hadiah telah diadakan pada pukul 10.45 pagi. Medal diberikan kepada pemenang tempat pertama sehingga dua puluh bagi setiap kategori. Secara keseluruhannya, kejohanan kali ini telah mencapai objektif dan matlamat kejohanan. Tahniah kepada semua guru dan murid yang telah menjayakan Kejohanan Merentas Desa SMK Menjalara tahun 2025 dan terima kasih juga kepada semua petugas yang terlibat dan jemputan yang sudi hadir memeriahkan majlis.
Event Information
|
Event Date |
11-10-2025 8:00 am |
|
Event End Date |
11-10-2025 11:30 am |
|
Capacity |
800 |
|
Registered |
0 |
|
Available Place |
800 |
|
Senior Citizens |
150 |
|
Veterans |
30 |
|
Youth |
600 |
|
Persons with Disabilities (OKU) |
20 |
|
Women |
500 |
|
Location |
Sekolah Menengah Kebangsaan Menjalara
|
We are no longer accepting registration for this event