HARI SUKAN NEGARA SKTM2 2024/2025

Unit Kokurikulum SK Taman Midah 2 telah menganjurkan Hari Sukan Negara pada 12 Oktober 2024. Program ini bagi memenuhi hasrat kerajaan yang mahu mengambil langkah yang bersepadu ke arah mentransformasikan Malaysia kepada negara bersukan. Sekolah dengan kerjasama PIBG telah menjemput jurulatih senamrobik dari KBS untuk mengelolakan aktiviti senamrobik. Selepas itu, program disambung dengan pertandingan kemahiran sukan. Bagi murid yang tidak terlibat dengan pertandingan tersebut, boleh menyertai permainan dalaman yang disediakan oleh pihak sekolah. Aktiviti-aktiviti ini bertujuan untuk mencungkil bakat dan memberi peluang kepada murid-murid agar dapat menunjukkan bakat serta kebolehan masing-masing dalam aktiviti yang telah dirancang oleh pihak sekolah. Program ini juga merupakan langkah untuk memberi pengiktirafan kepada murid-murid yang telah menyumbang kecemerlangan bagi mengharumkan nama sekolah.
Event Information
Event Date |
12-10-2024 7:45 am |
Event End Date |
12-10-2024 10:45 am |
Capacity |
246 |
Registered |
0 |
Available Place |
246 |
Location |
SK TAMAN MIDAH 2
|
We are no longer accepting registration for this event