HARI SUKAN NEGARA SK WANGSA MAJU SEKSYEN 1 PERINGKAT SEKOLAH

HARI SUKAN NEGARA SK WANGSA MAJU SEKSYEN 1 PERINGKAT SEKOLAH Sambutan Hari Sukan Negara ini merupakan suatu inisiatif Kementerian Belia dan Sukan di mana ia adalah satu langkah pro aktif didalam proses transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah ‘Negara Bersukan’ (Sporting Nation). Oleh yang demikian, Hari Sukan Negara di jadikan agenda nasional yang selari dengan matlamat falsafah pendidikan kebangsaan. Sambutan Hari Sukan Negara bakal diisi dengan pelbagai aktiviti sukan dan riadah untuk memastikan setiap lapisan masyarakat mengambil bahagian dalam meraikan Sambutan Hari Sukan Negara tersebut yang akan diraikan secara serentak di seluruh pelusuk tanah air. Semua pihak melalui penglibatan sektor awam, swasta dan rakyat keseluruhannya akan berganding bahu menganjur dan menyertai program dan aktiviti sukan dan kecergasan pada hari berkenaan. Hari Sukan Negara ini adalah penting di dalam usaha kerajaan menggalakkan rakyat menerapkan amalan budaya hidup cergas dan aktif memandangkan peratusan masyarakat Malaysia yang aktif bersukan masih lagi rendah iaitu pada kadar sekitar 40 peratus berbanding dengan 50 hingga 60 peratus di negara maju. Budaya sukan melalui amalan gaya hidup cergas dan aktif pada masa yang sama dapat membantu menurunkan kadar penyakit kronik dikalangan rakyat Malaysia. Sekolah Kebangsaan Wangsa Maju Seksyen 1 telah menyambut seruan sambutan Hari Sukan Negara dengan mengadakan aktiviti senamrobik dan aktiviti sukaneka. Acara bermula pada jam 7.30 pagi, kehadiran murid tahun 1, tahun 2, ibu bapa serta murid-murid lain. Kedatangan murid juga diambil oleh guru kelas masing-masing. Pada jam 7.45 pagi, murid-murid diberi sedikit taklimat oleh Cikgu Shaharil Aiman, selaku setiausaha program mengenai pelaksanaan Hari Sukan Negara pada hari ini. Seterusnya, pada jam 8.00 pagi acara senamrobik dimulakan. Semua warga SKWMS1 mengambil bahagian dalam acara ini. Acara ini telah dikendalikan oleh Cikgu Alif Murshed. Kelihatan semua peserta bersemangat melakukan aktiviti senamrobik.   Acara ini tamat pada jam 8.30 pagi. Selepas acara ini tamat, murid-murid diminta beratur dihadapan khemah mengikut rumah sukan masing-masing. Tepat jam 8.40 pagi, murid-murid memulakan acara perbarisan mengikut rumah sukan masing-masing. Selepas itu, murid-murid dibahagikan mengikut acara sukaneka masing-masing di mana terdapat 6 kategori permainan sukaneka serta acara 80 meter bagi kategori lelaki dan perempuan untuk murid tahun 1 dan tahun 2. Setelah tamat acara, aktiviti penyampaian hadiah telah dijalankan kepada para pemenang acara. Semua murid kelihatan bersungguh-sungguh bermain permainan yang telah diberikan kepada mereka dan berjaya mencapai objektif utama hari sukan negara iaitu mengeluarkan peluh. Selain itu, semua peserta juga kelihatan gembira dan disebabkan itu Sambutan Hari Sukan Negara SKWMS1 ini kelihatan sangat meriah. Permainan semua murid tamat pada jam 12.30 tengah hari. Kemudian, semua murid diminta untuk berkumpul di dewan bagi mengemas semula kawasan yang telah digunakan bagi menjalankan aktiviti hari sukan negara. Murid juga diberi roti dan air bagi mengalas perut masing-masing. Tepat jam 1 tengah hari, semua warga SKWMS1 dibenarkan untuk bersurai. Keismpulannya, sambutan ini keseluruhannya berjaya mencapai objektif yang telah ditetapkan oleh Kementerian Belia dan Sukan dan yang paling utama berjaya mengajar semua warga SKWMS1 untuk hadir ke sekolah mengeluarkan peluh lantas menjalankan hari yang sihat dan cergas. Diharap, aktiviti ini dapat dijalankan lagi di masa akan datang dengan sedikit penambahbaikkan bagi melancarkan perjalanan sambutan.

Event Information

Event Date 12-10-2024
Event End Date 12-10-2024
Capacity 700
Registered 0
Available Place 700
Children 450
Location sk wangsa maju seksyen 1

We are no longer accepting registration for this event