HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT SEKOLAH

HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT SEKOLAH Laporan Hari Sukan Negara Peringkat Sekolah 2025 SJKT Jalan Fletcher, Kuala Lumpur Hari Sukan Negara Peringkat Sekolah Tahun 2025 telah berjaya dilaksanakan dengan meriah pada 11 Oktober 2025 (Sabtu) bertempat di dataran perhimpunan dan padang sekolah. Seawal pagi, murid-murid, guru-guru serta ibu bapa telah berkumpul di dataran perhimpunan dengan berpakaian sukan lengkap. Majlis dimulakan dengan ucapan perasmian oleh Guru Besar, En. R. Chandrasekharan, yang turut menekankan kepentingan gaya hidup sihat dalam kalangan warga sekolah. Selepas acara perasmian, aktiviti memanaskan badan dan regangan telah dikendalikan oleh Pn. Manimegelai, Pn. Kalaichelvi, Pn. Rinadevi serta guru-guru praktikum. Aktiviti diteruskan dengan senamrobik selama 20 minit yang melibatkan penyertaan aktif semua murid, guru dan ibu bapa. Suasana menjadi ceria dan penuh semangat apabila semua warga Fletcher bergerak seiring mengikut rentak muzik senamrobik. Seterusnya, aktiviti diteruskan dengan permainan stesen yang dibahagikan kepada lima kumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada murid-murid Tahun 1 hingga Tahun 6 bagi memupuk semangat kerjasama antara murid pelbagai peringkat umur. Setiap stesen diperuntukkan masa selama 10 minit. Antara aktiviti yang dijalankan ialah: Stesen 1: Bola Sepak Stesen 2: Hoki Stesen 3: Bola Jaring Stesen 4: Permainan Tin Stesen 5: Stacking Program Hari Sukan Negara ini tamat pada pukul 10.30 pagi. Semua murid, guru dan ibu bapa meluahkan rasa gembira dan puas hati kerana dapat menyertai aktiviti yang sihat dan menyeronokkan ini. Secara keseluruhannya, Hari Sukan Negara Peringkat Sekolah 2025 telah berjaya mencapai objektifnya dalam memupuk semangat kesukanan, kerjasama dan gaya hidup sihat dalam kalangan warga sekolah.

Event Information

Event Date 11-10-2025 7:30 am
Event End Date 11-10-2025 10:30 am
Capacity 200
Registered 0
Available Place 200
Location SJKT FLETCHER

We are no longer accepting registration for this event