HARI SUKAN NEGARA

HARI SUKAN NEGARA Sambutan Hari Sukan Negara (HSN) telah di isytiharkan pada setiap hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun. Ini merupakan suatu inisiatif Kementerian Belia dan Sukan di mana ia adalah satu langkah pro aktif di dalam proses transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah ‘Negara Bersukan’(Sporting Nation).             Ia adalah acara tahunan KBS bagi merealisasikan hasrat dan aspirasi kerajaan untuk menggalak dan menjadikan Malaysia negara yang mempunyai rakyat yang sentiasa bersukan serta menjadikan sukan sebagai satu budaya. HSN 2024 juga turut membabitkan kerjasama strategik dengan pihak swasta dan NGO bagi memastikan penglibatan rakyat Malaysia di semua peringkat. Tahun ini merupakan tahun ketiga sekolah kami berkolaborasi dengan pihak Kementerian Belia dan Sukan Kawasan Seputeh untuk menjayakan Hari Sukan Negara Peringkat Sekolah kami.             Pelaksanaan Hari Sukan Negara akan diadakan pada Hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober di SK Seri Saujana. Sebagai tanda sokongan kepada program ini, pihak sekolah akan mengadakannya pada 12 Oktober 2024 dengan melibatkan semua warga sekolah iaitu guru-guru, anggota kumpulan pelaksana dan semua murid termasuk ibu bapa SK Seri Saujana.

Event Information

Event Date 12-10-2024 7:30 am
Event End Date 12-10-2024 12:00 pm
Cut Off Date 12-10-2024 12:00 pm
Capacity 210
Registered 0
Available Place 210
Veterans 6
Youth 1
Women 131
Children 113
Location SK SERI SAUJANA

We are no longer accepting registration for this event