HARI SUKAN NEGARA

HARI SUKAN NEGARA Hari Sukan Negara peringkat SK Setapak 2024 telah berlangsung pada 12 Oktober 2024 iaitu pada hari Sabtu yang dirasmikan oleh YDP PIBG SK Setapak Muhammad Afifi Shakir bin Mahmood Sabri. Aktiviti dimulakan dengan senamrobik selama 30 minit yang diketuai oleh Cik Kaulsalya a/p Thiagarajah, Pn. Hidayatun Najwa binti Mahleh dan Cik Nur Hafizaliyana binti Hassan. Selepas selesai melakukan aktiviti senamrobik, murid dibahagikan kepada 2 kumpulan. Kumpulan yang pertama iaitu murid tahap 1 manakala kumpulan kedua iaitu murid tahap 2. Murid tahap 1 dikehendaki menjalankan aktiviti permainan dalaman. Sebanyak 8 jenis permainan dalaman yang telah disediakan iaitu congkak,boling, batu seremban,tudung botol,tapak gajah,jengka blok, pingpong telur dan pick up stick. Permainan dalaman untuk murid tahap 1 dijalankan di dewan SK Setapak. Manakala untuk murid tahap 2, aktiviti telah dijalankan di padang sekolah. Antara permainan yang disediakan untuk murid tahap 2 ialah dodgeball lelaki,dodgeball perempuan, bola sepak dan bola baling. Aktiviti Hari Sukan Negara peringkat SK Setapak berakhir pada jam 10.30 pagi.  

Event Information

Event Date 12-10-2024 7:30 am
Event End Date 12-10-2024 10:30 am
Cut Off Date 12-10-2024 10:30 am
Capacity 500
Registered 0
Available Place 500
Veterans 5
Youth 13
Persons with Disabilities (OKU) 13
Women 32
Children 162
Location SK SETAPAK

We are no longer accepting registration for this event