HARI SUKAN NEGARA
Pendahuluan:
Hari Sukan Negara merupakan inisiatif tahunan yang bertujuan untuk memupuk budaya bersukan dalam kalangan rakyat Malaysia. Program ini selaras dengan usaha kerajaan untuk menjadikan gaya hidup aktif sebagai amalan harian demi kesihatan fizikal dan mental yang lebih baik seiring dengan kerangka Malaysia MADANI dan Visi Sukan Negara 2030 (VSN 2030).
Matlamat:
Pelaksanaan sambutan Hari Sukan Negara ini adalah usaha menjadikan rakyat Malaysia lebih aktif dengan meningkatkan penglibatan sukan di peringkat akar umbi dan sekaligus membentuk lebih ramai bintang sukan untuk masa hadapan. Melalui pelibatan murid dalam aktiviti ini , diharap murid-murid dapat mengimbangkan antara emosi, jasmani, intelek dan rohani selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Objektif:
Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan bersukan bagi mewujudkan masyarakat yang cergas dan aktif.
Memupuk dan menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan murid pelbagai kaum.
Mewujudkan semangat kesukanan dalam permainan dengan memberi sokongan kepada rakan yang bertanding.
Sasaran:
Semua warga SMK Tinggi Setapak terlibat dalam acara ini iaitu:
1060 orang murid
123 orang guru
15 orang AKP
Event Information
|
Event Date |
11-10-2025 7:45 am |
|
Event End Date |
11-10-2025 12:00 pm |
|
Capacity |
1120 |
|
Registered |
0 |
|
Available Place |
1120 |
We are no longer accepting registration for this event