
Hari Sukan Negara peringkat SMK Aminuddin Baki, Kuala Lumpur telah diadakan pada 11 Oktober 2025 (Sabtu) bertempat di kawasan sekolah. Program ini bermula pada pukul 7.30 pagi hingga 11.00 pagi dan telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada warga sekolah. Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan sempena sambutan ini. Antara mini games yang disediakan ialah carrom, congkak, batu seremban, penalty shoot, ceper/penutup botol, guli, karaoke, tin bowling dan batting softball. Selain itu, beberapa perlawanan akhir turut diadakan melibatkan acara futsal, sepak takraw, bola jaring dan bola tampar besar. Majlis turut dimeriahkan dengan pelbagai gerai jualan makanan dan minuman, serta tawaran hadiah menarik kepada para peserta yang mengambil bahagian.