
Hari Sukan Negara peringkat Sekolah Kebangsaan Sentul 1 diadakan pada 11.10.2025 (Sabtu) selaras dengan sambutan Hari Sukan Negara peringkat kebangsaan yang diadakan pada 11 Oktober setiap tahun. Program ini dijalankan kepada semua murid tahap 2 seramai 637 orang. Perincian ringkas program adalah seperti berikut:
Murid tahun 4: Permainan Dalaman (Catur, Carrom, Batu Seremban, Dam)
Murid tahun 5 dan 6 (Lelaki) : Bola Sepak 7 Sebelah
Murid tahun 5 dan 6 (Perempuan) : Dodge Ball