SK Kampung Gemuroh, Kuala Nerus, Terengganu telah menyertai Program Kecergasan KPM Sempena Hari Sukan Negara pada 12 Oktober 2024 hari Sabtu di Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak. Seramai 8 orang murid telah menyertai Pertandingan War Cry dan melakukan aktiviti senamrobik, fun run, fun walk dan beberapa aktiviti yang terdapat di sana.