
Program ini diadakan setiap tahun pada minggu ke 2 pada bulan Oktober selaras dengan Hari Sukan Negara peringkat kebangsaan.
Semua pelajar SMK Sungai Tong terlibat 569 pelajar dan 80 guru yang terlibat. 4 orang jurulatih senamrobik telah dijemputkan bagi mengendalikan program senamrobik pada sebelah pagi. Pelbagai program menarik yang diadakan seperti pertandingan futsal, senamrobik, bola jaring dan Treasure Hunt. Program ini ditamatkan selepas majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang.