
Program Hari Sukan Negara peringkat Sekolah Kebangsaan Sungai Buaya telah dijadualkan berlangsung pada 10 Oktober 2025 (Jumaat) bertempat di Kampung Sungai Buaya. Program ini dianjurkan sebagai salah satu usaha sekolah untuk menyokong inisiatif kerajaan dalam menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang aktif dan mengamalkan gaya hidup sihat. Aktiviti utama yang dijalankan ialah Wira Desa Walk sejauh 2.5 kilometer yang melibatkan penyertaan semua murid sekolah. Program dimulakan dengan bacaan Yasin sebagai pembuka majlis dan doa agar aktiviti berjalan dengan lancar serta diberkati. Seterusnya, peserta diberikan taklimat ringkas berkenaan laluan dan peraturan keselamatan sebelum memulakan aktiviti berjalan kaki di sekitar kawasan Kampung Sungai Buaya.
Sepanjang program dijalankan, murid menunjukkan semangat kesukanan dan kerjasama yang tinggi. Aktiviti ini bukan sahaja memberi peluang kepada mereka untuk bersenam dan meningkatkan kecergasan fizikal, tetapi turut menjadi medium untuk memupuk semangat perpaduan dan kebersamaan dalam kalangan murid pelbagai kaum. Selain itu, program ini juga secara tidak langsung menyemai nilai disiplin, kerjasama, dan tanggungjawab dalam diri murid apabila mereka perlu mematuhi arahan serta bergerak dalam kumpulan.
Secara keseluruhannya, penganjuran Hari Sukan Negara ini telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Matlamat utama program untuk membentuk murid yang sihat, aktif, berdisiplin, dan bersemangat kesukanan dapat dicapai sepenuhnya. Pihak sekolah berkeyakinan bahawa pelaksanaan program seperti ini dapat terus diteruskan pada masa akan datang bagi menyokong aspirasi Kementerian Pendidikan Malaysia dalam melahirkan generasi yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.