SENAMROBIK KELUARGA KHEBENG 2025
Program Senamrobik Keluarga Khebeng 2025 telah berlangsung dengan penuh meriah dan jayanya pada 11 Oktober 2025 (Sabtu) bertempat di Dewan Besar sekolah. Acara ini bermula seawal 7:30 pagi dan berakhir pada 9:00 pagi, dengan penglibatan seramai 850 orang murid dari Tahun 4, 5 dan 6. Program ini dianjurkan sebagai salah satu inisiatif pihak sekolah untuk menyemai budaya hidup sihat dalam kalangan murid serta menggalakkan penglibatan aktif dalam aktiviti fizikal yang menyeronokkan. Selain itu, objektif program ini turut menekankan aspek kebersamaan dan kerjasama antara warga sekolah, termasuk guru dan murid, sejajar dengan usaha memperkukuh nilai-nilai kekeluargaan dan semangat komuniti dalam kalangan warga sekolah. Sepanjang acara berlangsung, suasana di Dewan Besar amat ceria dan penuh bertenaga. Para peserta menunjukkan semangat dan komitmen yang tinggi dalam mengikuti setiap gerakan senamrobik yang dipimpin oleh jurulatih bertauliah. Muzik rancak yang mengiringi sesi senamrobik turut menambah keceriaan dan menaikkan semangat semua yang hadir. Program ini telah berjaya mencapai matlamatnya bukan sahaja dalam aspek kesihatan fizikal, malah turut menjadi platform interaksi sosial yang positif. Para guru dan murid dapat bergaul mesra dalam suasana yang santai dan menyeronokkan, sekali gus mengeratkan hubungan antara satu sama lain di luar bilik darjah. Secara keseluruhannya, Senamrobik Keluarga Khebeng 2025 merupakan satu program yang sangat berjaya dan wajar diteruskan pada masa akan datang. Diharapkan program sebegini dapat diteruskan sebagai acara tahunan sekolah dalam usaha membentuk generasi yang sihat, cergas dan seimbang dari segi fizikal, mental dan emosi.
Event Information
|
Event Date |
11-10-2025 7:45 am |
|
Event End Date |
11-10-2025 9:00 am |
|
Capacity |
Unlimited |
|
Registered |
0 |
|
Senior Citizens |
- |
|
Veterans |
- |
|
Youth |
- |
|
Persons with Disabilities (OKU) |
- |
|
Women |
30 |
|
Children |
850 |
|
Location |
SJK C KHE BENG
|
We are no longer accepting registration for this event