Senamrobik Hari Sukan Negara

Aktiviti senamrobik merupakan senaman sesi memanaskan badan yang menarik sebelum melaksanakan aktiviti bersukan. Melalui senamrobik, tahap kesediaan untuk melakukan aktiviti daripada intensiti rendah ke tahap intensiti tinggi akan lebih terancang di samping membantu meransang otot dan tubuh badan secara teratur. Aktiviti senamrobik merupakan senaman yang terancang yang boleh dilakukan beramai-ramai untuk meningkatkan kecergasan di samping memperoleh keseronokan dan ketenangan minda. Senamrobik adalah satu aktiviti yang amat sesuai dilakukan oleh semua lapisan masyarakat dan peringkat umur. Aktiviti senamrobik amat penting dijadikan amalan kerana senamrobik: i.Merupakan faktor utama dalam membantu mengurangkan tekanan dan stress serta meningkatkan kekuatan fungsi otak. ii.Dapat meningkatkan daya tahan otot jantung dan mencegah daripada penyakit jantung dan pembuluh darah. iii.Dapat menurunkan kadar lemak dalam badan serta mengekalkan berat badan yang ideal.
Event Information
Event Date |
12-10-2024 8:00 am |
Event End Date |
12-10-2024 10:00 am |
Cut Off Date |
25-10-2024 11:55 pm |
Capacity |
720 |
Registered |
0 |
Available Place |
720 |
Women |
30 |
Children |
690 |
Location |
SJKC KHENG CHEE
|
We are no longer accepting registration for this event