Senamrobik Ft Hari Sukan Negara 2024

Sambutan Hari Sukan Negara 2024 di peringkat sekolah dilaksanakan bagi mempromosikan gaya hidup sihat dan aktiviti fizikal di kalangan pelajar. Senamrobik merupakan salah satu aktiviti yang diadakan untuk merangsang semangat kesukanan dan kerjasama dalam kalangan pelajar. Aktiviti senamrobik yang telah diadakan di SJKC Bandar Kajang 2 berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada semua murid. Mereka menunjukkan semangat dan keterlibatan yang tinggi sepanjang sesi. Aktiviti ini melibatkan penyertaan seramai 359 murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6 dan guru sebagai penggerak dan fasilitator. Aktiviti ini bukan sahaja meningkatkan kecergasan fizikal tetapi juga memberi peluang kepada pelajar untuk bersosial dan berinteraksi. Objektif yang ingin dicapai hasil program ini antaranya dapat meningkatkan kesedaran tentang kepentingan senaman dalam kehidupan seharian, mengeratkan hubungan antara pelajar melalui aktiviti berkumpulan dan secara tidak langsung dapat mencungkil bakat dan minat pelajar dalam bidang senaman dan kesihatan. Dengan kejayaan program ini, diharapkan lebih banyak aktiviti kesukanan diadakan pada masa akan datang untuk menyemarakkan semangat kesukanan dalam kalangan pelajar. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini, termasuk guru-guru, pelajar, dan pihak pengurusan sekolah.
Event Information
Event Date |
09-10-2024 7:30 am |
Event End Date |
09-10-2024 8:00 am |
Capacity |
359 |
Registered |
0 |
Available Place |
359 |
Location |
SJKC BANDAR KAJANG 2
|
We are no longer accepting registration for this event