PROGRAM SENAMROBIK SEMPENA HARI SUKAN NEGARA 2024 SJK (C) KHEOW BIN

Dalam usaha merealisasikan hasrat Malaysia sebagai sebuah negara sukan, penyertaan masyarakat di semua peringkat dalam aktiviti sukan merupakan langkah signifikan dan perlu dilakukan secara bersama. Sukan bukan sahaja merupakan satu medium yang terbaik untuk memperkasa keharmonian, kemuafakatan dan perpaduan dalam kalangan masyarakat, malahan juga dapat membentuk masyarakat yang berdisiplin dan bersatu padu. Rentetan itu, pihak sekolah SJK(C) Kheow Bin telah mengadakan program senamrobik dalam usaha menyokong agenda Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sempena dengan Hari Sukan Negara Tahun 2024. Senamrobik adalah satu aktiviti yang amat sesuai dilakukan oleh semua lapisan masyarakat dan peringkat umur. Program senamrobik dilaksanakan sempena Hari Sukan Negara dengan mengambil kira faktor di bawah: 1. Warga sekolah terdiri daripada peringkat umur yang berbeza-beza. Aktiviti senamrobik sesuai untuk semua. 2. Senamrobik dapat membantu mengurangkan tekanan dan stress serta meningkatkan kekuatan fungsi otak. 3. Senamrobik dapat meningkatkan daya tahan otot jantung dan meningkatkan keupayaan aerobik dan psikomotor murid-murid. 4. Senamrobik dapat menurunkan kadar lemak dalam badan serta mengekalkan berat badan yang sihat dalam kalangan guru dan murid. Objektif program ini adalah untuk: 1. Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan bersukan dalam kalangan guru dan murid. 2. Memupuk dan menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan warga sekolah yang berbilang kaum. 3. Meningkatkan pengetahuan sukan dalam kalangan guru dan murid.
Event Information
Event Date |
12-10-2024 9:50 am |
Event End Date |
12-10-2024 10:50 am |
Capacity |
713 |
Registered |
0 |
Available Place |
713 |
Senior Citizens |
- |
Veterans |
- |
Youth |
- |
Persons with Disabilities (OKU) |
- |
Women |
80 |
Children |
631 |
Location |
SJK(C)KHEOW BIN
|
We are no longer accepting registration for this event