PROGRAM HARI SUKAN NEGARA SK TAMAN SETIA

Program Hari Sukan Negara peringkat sekolah telah dilaksanakan di Dataran Murni SK Taman Setia pada 11 Oktober 2024 iaitu hari Jumaat. Seramai 684 orang warga Setia telah terlibat dalam program ini. Majlis telah dirasmikan oleh Tuan Guru Besar SK Taman Setia, Tuan Haji Normayadi bin Othman. Majlis dimulakan jam 7.40 pagi dengan senamrobik/ fitness zapin yang diketuai oleh Puan Hani (coach jemputan). Majlis diteruskan dengan aktiviti seterusnya iaitu Futsal bagi murid-murid lelaki dan Bola Jaring bagi murid-murid perempuan. Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah dan sijil penyertaan.Selepas selesai semua aktiviti, murid-murid bergerak ke kantin untuk rehat dan seterus ke kelas masing-masing dan belajar mengikut jadual seperti biasa.

Event Information

Event Date 11-10-2024 7:45 am
Event End Date 11-10-2024 10:00 am
Cut Off Date 11-10-2024 10:00 am
Capacity 680
Registered 0
Available Place 680
Persons with Disabilities (OKU) 4
Women 40
Children 640
Location SK TAMAN SETIA

We are no longer accepting registration for this event