Hari Sukan Negara dan Karnival Kokurikulum SMK Seksyen 10 Kota Damansara

Hari Sukan Negara dan Karnival Kokurikulum SMK Seksyen 10 Kota Damansara SMK Seksyen 10 Kota Damansara telah melaksanakan Hari Sukan Negara peringkat sekolah. Kami menggabungkan hari sukan ini dengan Karnival Kokurikulum SMK Seksyen 10 Kota Damansara supaya karnival ini mendapat sambutan yang hangat daripada pelbagai pihak. Pelbagai aktiviti sukan yang menarik dipertandingkan antaranya ialah pertandingan sepak penalti L/P, sepak raga bulatan, bola jaring shootout, ping pong (beregu) L/P, badminton (beregu) L/P dan simulasi perkhemahan Unit Beruniform. Kami sajikan juga dengan beberapa persembahan menarik daripada murid sekolah ini iaitu persembahan silat, karate, taekwando, kawad kaki dan tarian kebudayaan. Karnival ini mendapat sambutan yang hangat dari pelbagai pihak terutamanya murid, ibu bapa, guru, staf dan alumni SMK Seksyen 10 Kota Damansara.

Event Information

Event Date 12-10-2024 7:30 am
Event End Date 12-10-2024 2:00 am
Cut Off Date 11-10-2024 8:00 pm
Capacity 1500
Registered 0
Available Place 1500
Veterans 100
Youth 400
Children 1000
Location SMK SEKSYEN 10 KOTA DAMANSARA

We are no longer accepting registration for this event