
Hari Sukan Negara SK Tun Dr. Ismail 2025 akan diadakan pada 11 Oktober 2025 (Sabtu) bertempat di padang sekolah. Program ini diadakan selaras dengan hasrat Kementerian Belia dan Sukan bagi menyemarakkan semangat “1 Murid 1 Sukan” serta memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan warga sekolah. Pelbagai aktiviti sukan dan permainan akan dijalankan bagi menggalakkan penyertaan aktif semua murid, guru serta komuniti setempat ke arah pembentukan generasi sihat dan cergas.