Semua murid kelihatan bersungguh-sungguh bermain permainan yang mereka pilih dan berjaya mencapai objektif utama hari sukan negara iaitu mengeluarkan peluh supaya badan lebih sihat. Selain itu, semua peserta kelihatan gembira dan disebabkan itu, sambutan Hari Sukan Negara SKDB 2024 ini kelihatan sangat meriah. Tepat jam 11 pagi, semua warga SKDB dibenarkan bersurai