
Hari Sukan Negara peringkat sekolah merupakan inisiatif tahunan yang bertujuan menyemai budaya bersukan dalam kalangan murid dan warga sekolah. Program ini dirangka bagi menggalakkan penyertaan aktif dalam aktiviti fizikal, meningkatkan kesedaran tentang kepentingan gaya hidup sihat, serta memupuk nilai kerjasama, disiplin dan semangat kesukanan.Pelbagai aktiviti menarik seperti senamrobik, pertandingan sukan padang, (larian) dan permainan dijalankan bagi memberi peluang kepada semua warga sekolah untuk terlibat secara menyeluruh. Penganjuran ini bukan sahaja menceriakan suasana sekolah, malah menjadi platform mengeratkan hubungan antara guru, murid dan ibubapa.