
Pelaksanaan program ini sedikit sebanyak telah meningkatkan kualiti murid dan warga sekolah secara menyeluruh. Secara tidak langsung, ia juga telah berupaya melahirkan rakyat Malaysia yang aktif dan cergas. Justeru itu, pelasanaan seperti ini haruslah diperbanyakkan lagi di seluruh Malaysia. Ini juga dapat memupuk dan menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang kepelbagai kaum. Walaubagaimanapun, cuaca yang panas terik menjadi kekangan untuk menjalankan aktiviti ini. Program ini perlu diteruskan pada masa akan datang dan akan terus ditambah baik.