Hari Sukan Negara 2024

Hari Sukan Negara 2024 Murid-murid berkumpul di tapak perhimpunan pada 7.30 pagi. Bacaan doa telah dijalankan. Seterusnya, para murid menyanyikan Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan lagu sekolah. Guru besar, Pn.R.Pushpa bersama para pentadbir sekolah telah merasmikan Hari Sukan Negara Peringkat Sekolah 2024. Guru besar telah memberikan ucapan perasmiarn manakala PK Kokurikulum, En.R.Suresh telah memberikan ucapan alu-aluan. Setelah itu, senamrobik telah berlangsung sehingga 8.30 pagi yang dipimpin oleh Cikgu Sevanesan bersama murid-murid Kelab Seni Budaya. Selepas itu, murid telah berdiri mengikut kumpulan yang bargaining oleh guru kelas. Murid-murid pergi ke stesen permainan tradisional mengikut kumpulan masing-masing. Antarap permainan tradisional yang diadakan ialah galah panjang, layang-layang,guli, boling kelapa, teng-teng, guli, culik lidi dan kabaddi. Acara ini tamat pada pukul 9:45 pagi. Murid-murid berkumpul di kantin sekolah.Ucapan penghargaan telah disampaikan oleh setiausaha sukan dan Penyelaras Hari Sukan Negara iaitu En.A.Sevanesan. Semua murid dan guru-guru menjamu makanan dan minuman yang telah disediakan di kantin sekolah.  

Event Information

Event Date 12-10-2024
Event End Date 11-10-2024
Cut Off Date 11-10-2024
Capacity Unlimited
Registered 0
Children 241
Location SJKT DENGKIL

We are no longer accepting registration for this event