HARI SUKAN NEGARA 2024

HARI SUKAN NEGARA 2024 Sambutan Hari Sukan Negara bermula pada pukul 7.30 pagi dengan mengambil kehadiran murid dan ibu bapa. Seterusnya sesi taklimat ringkas berkenaan perjalanan aktiviti yang akan dijalankan oleh penyelaras program. Kemudian diteruskan dengan acara perasmian Hari Sukan Negara oleh Guru Besar.  Pada jam 8.15 pagi acara diteruskan dengan aktiviti senamrobik bersama semua warga sekolah dan ibu bapa serta penduduk setempat. Kemudian aktiviti diteruskan dengan aktiviti sukaneka. Aktiviti sukaneka dijalankan mengikut Tahap 1 dan Tahap 2 bersama ibu bapa.   Antara acara yang dijalankan ialah :   1. Bawa bola ping pong dengan raket 2. Halangan Bola kon 3. Skipping lama   Acara sukaneka tamat pada jam 10.00 pagi dan murid rehat.   Selepas rehat, acara diteruskan dengan aktiviti di dalam kelas masing.   Antara aktivitinya adalah :   1. Mewarna – Tahap 1, Pra dan PPKI 2. Melukis Poster – Tahap 2   Aktiviti berakir pada jam 12.00 tengah hari dan bersurai. Secara keseluruhan Sambutan Hari Sukan Negara peringkat sekolah bagi sesi akademik 2024 ini telah berjalan dengan jayanya. Komitmen yang tinggi dari semua guru dan ibu bapa. Penglibatan yang menyeluruh dari semua murid Tahap 1 dan Tahap 2 juga amat memuaskan. Mereka diberi pendedahan berkenaan pentingnya aktiviti bersukan dalam kehidupan seharian supaya menjadikan murid yang cerdas dan cergas.

Event Information

Event Date 11-10-2024 7:30 am
Event End Date 11-10-2024 12:00 pm
Cut Off Date 11-10-2024 7:30 am
Capacity 600
Registered 0
Available Place 600
Senior Citizens 120
Veterans 40
Youth 20
Persons with Disabilities (OKU) 2
Women 80
Children 338
Location Sekolah Kebangsaan Batu 9 Jalan Bomba

We are no longer accepting registration for this event