
Hari Sukan Negara peringkat sekolah diadakan pada 11/10/2024 (Jumaat) adalah acara tahunan yang menggalakkan penyertaan pelajar dalam aktiviti sukan. Program ini merangkumi pelbagai pertandingan dan acara seperti larian, senamrobik, bola sepak, dan permainan tradisional. Matlamatnya adalah untuk memupuk semangat kesukanan, kerjasama, dan gaya hidup sihat dalam kalangan pelajar.