
Sambutan Hari Sukan Negara adalah bertujuan untuk menjadikan sukan sebagai budaya hidup. Pelbagai aktiviti sukan dan riadah diadakan bagi membina asas ke arah negara bersukan sebagai gaya hidup kita. Aktiviti ini dilaksanakan selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial melalui penyertaan dalam bidang sukan. Seseorang murid itu wajib menyertai aktiviti bersukan untuk menyeimbangi tahap sosial mereka dalam melangkah ke alam kehidupan yang lebih mencabar. Pengalaman yang ditimba melalui aktiviti riadah ini bakal diaplikasikan oleh mereka apabila menempuhi kehidupan seharian. Salah satu objektif utama dalam aktiviti ini ialah menggalakkan budaya bersukan dalam kalangan warga sekolah. Selain itu, ia dapat menitikberatkan penglibatan bersama ataudalam aktiviti-aktiviti sukan yang akan merapatkan hubungan guru dan murid. Di samping itu, ia juga dapat menjadikan sukan sebagai gaya hidup sihat dalam kalangan warga sekolah. Terdapat beberapa kekuatan yang terdapat dalam aktiviti ini antaranya ialah penyertaan yang ramai dalam kalangan murid dan warga sekolah. Selain itu, pemilihan acara yang santai dan boleh dimainkan oleh semua peringkat umur serta dapat membina keyakinan dalam diri murid atas kejayaan dalam bidang sukan. Namun begitu, terdapat kelemahan yang dikenalpasti iaitu faktor-faktor lain yang menyebabkan murid tidak dapat hadir kerana sakit dan terlibat dengan urusan lain di hari minggu.Namun boleh ditambahbaik dengan memperbanyakkan promosi program kepada murid dengan lebih kerap. Konklusinya, diharapkan dengan penganjuran HSN ini, lebih banyak bakat-bakat baharu dalam sukan dan permainan terutamanya dalam kalangan murid dapat dilahirkan.