
Program ini diadakan bertujuan untuk: Menerapkan budaya sukan di kalangan rakyat. Memupuk semangat perpaduan di kalangan rakyat. Pembangunan ekonomi negara melalui pembangunan industri sukan. Meningkatkan pengetahuan sukan di kalangan rakyat. Mengiktiraf rakyat Malaysia yang terlibat dalam aktiviti membangunkan sukan di peringkat akar umbi. Kesimpulannya, penganjuran Sambutan Hari Sukan Negara ini memerlukan kerjasama dan komitmen daripada semua pihak bagi meningkatkan pencapaian murid secara menyeluruh dalam usaha membentuk imej sekolah yang positif. Program ini diharapkan dapat mempertingkatkan dan mengukuhkan lagi budaya suka bersukan di kalangan pelajar sekolah ini. Semoga dengan penganjuran program ini, warga SMK Beluran II dapat melahirkan warga sekolah yang sihat dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara.