HARI SUKAN NEGARA

HARI SUKAN NEGARA Sambutan Hari Sukan Negara 2025 peringkat SK St. Edmund (M) telah diadakan pada 13 Oktober 2025 bertempat di dewan sekolah. Program ini dianjurkan oleh Unit Kokurikulum dengan kerjasama semua guru dan staf sekolah, di bawah penyelarasan Cik Amelyn Chee Pau Ling (This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.). Pelbagai aktiviti menarik dijalankan seperti senamrobik, tarik tali, boling kelapa, main guli, sarung berantai dan bola tampar yang disertai oleh semua murid serta guru. Aktiviti-aktiviti ini bukan sahaja menceriakan suasana, malah menggalakkan penyertaan menyeluruh dan memupuk semangat kesukanan serta kerjasama berpasukan dalam kalangan warga sekolah. Objektif utama program ini adalah untuk menjadikan sukan sebagai gaya hidup sihat, meningkatkan kecergasan jasmani, dan mengeratkan hubungan antara guru dan murid. Program ini juga selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam melahirkan murid yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Event Information

Event Date 13-10-2025 7:30 am
Event End Date 13-10-2025 12:30 pm
Capacity 225
Registered 0
Available Place 225
Location SK ST. EDMUND(M)KOTA BELUD

We are no longer accepting registration for this event