
Hari Sukan Negara Peringkat Sekolah SMK Bawong diadakan di Dewan OAOSC Kampung Bawong.
Antara aktiviti yang dijalankan pada Hari Sukan Negara ialah Senamrobik dan perlawanan Sukan Dodgeball. Senamrobik telah dipimpin oleh instruktor yang terlatih iaitu Dr. Siew Qui Hen dari Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Kangsar. Perlawanan Sukan Dodgeball merupakan perlawanan antara wakil setiap Kelab Sukan dan Permainan SMK Bawong.
Program ini dilaksanakan bagi menyahut inisiatif Kementerian Belia dan Sukan di mana ia adalah satu langkah pro aktif dalam proses transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah 'Negara Bersukan. Hari Sukan Negara ini juga penting bagi menggalakkan rakyat menerapkan amalan budaya hidup cergas dan aktif dalam kehidupan seharian