Hari Sukaneka Tahunan Sekolah Kali Ke 86 Sempena Hari Sukan Negara Tahun 2024

Hari Sukaneka Tahunan Sekolah kali ke 86 telah diadakan pada 10.10.2024, hari Khamis pada pukul 7:30 pagi di padang sekolah SJK ( C ) Pheng Lok, Air Kuning sempena Hari Sukan Negara. Pelbagai aktiviti sukaneka telah diadakan untuk memastikan setiap murid mengambil bahagian dalam hari sukaneka ini.   Objektif program ini ialah dapat menerapkan budaya sukan dan memupuk semangat perpaduan dalam kalangan murid.Seterusnya,meningkatkan pengetahuan sukan dan budaya sukan melalui amalan gaya hidup cergas dan aktif juga dapat membantu menurunkan kadar obesiti dan penyakit kronik dalam kalangan murid.              Hari Sukaneka Tahunan Sekolah diadakan pada pukul 7:30 pagi. Guru besar memberi ucapan dan merasmikan sukaneka tahunan.Selepas senamrobik dijalankan, acara sukaneka pun bermula. Murid-murid bertanding dengan bersemangat dan gembira. Selepas waktu rehat, diteruskan dengan acara terbuka. Ibu bapa turut menyertai pertandingan terbuka bersama anak mereka dengan aktif.            Pada pukul 11:00 pagi, majlis penyampaian dijalankan di dewan sekolah. Semua murid berkumpul di dewan mengikut rumah sukan masing-masing. Ibu bapa turut memberi sokongan kepada anak mereka. Rumah Biru mendapat Johan keseluruhan dalam pertandingan Hari sukaneka. Rumah merah mendapat tempat ketiga manakala rumah kuning mendapat Naib Johan.             Hari sukaneka tahunan sekolah tamat pada pukul 12:30 tengah hari. Program ini telah dijalankan dengan lancar dan amat menggembirakan semua. 

Event Information

Event Date 10-10-2024 7:30 am
Event End Date 10-10-2024 12:30 pm
Cut Off Date 10-10-2024 12:30 pm
Capacity 160
Registered 0
Available Place 160
Senior Citizens 20
Veterans 10
Youth 20
Women 40
Children 80
Location SJK ( C ) PHENG LOK

We are no longer accepting registration for this event