Hari Sukan Negara SK Sentosa 2024

Hari Sukan Negara SK Sentosa 2024 Fun Walk Sekolah Kebangsaan Sentosa! Tarikh: 12 Oktober 2024Lokasi: Danish House, KamparJumlah Peserta: 400 murid, ibu bapa dan guru-guru.  1. Pengenalan Hari Sukan Negara 2024 diadakan bagi mempromosikan gaya hidup sihat dan mengeratkan hubungan antara murid, guru, dan ibu bapa. Acara ini melibatkan pelbagai aktiviti fizikal dan penyertaan aktif dari semua lapisan masyarakat sekolah. 2. Objektif Meningkatkan kesedaran tentang pentingnya aktiviti fizikal. Menggalakkan penyertaan aktif dalam sukan dan rekreasi. Memperkuatkan hubungan antara murid dan ibu bapa. 3. Perancangan Acara Acara ini dirancang dengan teliti dan melibatkan: Fun Walk: Jarak 3 km di sekitar kawasan Danish House. Sesi Pemanasan: Dijalankan sebelum acara utama. 4. Penyertaan Seramai lebih kurang 400 peserta terdiri daripada: 292 murid SK Sentosa. 30 ibu bapa yang turut menyertai aktiviti fun walk. 60 guru, staf dan AKP 5. Pelaksanaan Pendaftaran Peserta: Pendaftaran dibuka pada jam 7.30 pagi, di mana peserta bermula dengan aktiviti senamrobik. Sesi Pemanasan: Dijalankan pada jam 8.00 pagi untuk mempersiapkan badan sebelum aktiviti. Fun Walk: Bermula pada jam 8.30 pagi. Suasana ceria dan semangat yang tinggi dapat dilihat di kalangan peserta. 6. Kejayaan Acara Sambutan yang menggalakkan dengan lebih 300 peserta hadir. Suasana yang meriah dan penuh semangat. Penglibatan aktif daripada ibu bapa dalam aktiviti. 7. Penutup Hari Sukan Negara 2024 di SK Sentosa mencapai objektif yang ditetapkan dan meninggalkan kenangan manis kepada semua yang terlibat. Diharapkan acara ini dapat diteruskan pada masa akan datang dan menjadi tradisi tahunan sekolah. 8. Ucapan Terima Kasih Terima kasih kepada semua guru, ibu bapa, dan pihak pengurusan Danish House yang telah menjayakan acara ini. Disediakan oleh:Nurkhalida Aqilah Binti Mohd Rozali(Setiausaha Hari Sukan Negara Sekolah Kebangsaan Sentosa)Tarikh: 12 Oktober 2024

Event Information

Event Date 12-10-2024 9:00 am
Event End Date 12-10-2024 10:00 am
Cut Off Date 11-10-2024 12:00 pm
Capacity 400
Registered 0
Available Place 400
Women 50
Children 292

We are no longer accepting registration for this event