
Pada 11 Oktober, Sekolah Kebangsaan Lintang telah mengadakan Program Hari Sukan Negara peringkat sekolah yang melibatkan penyertaan semua murid dan guru. Program ini bertujuan untuk memupuk semangat kesukanan serta menggalakkan gaya hidup sihat di kalangan warga sekolah.
Secara keseluruhan, Program Hari Sukan Negara ini berjaya mencapai matlamatnya dalam Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan bersukan bagi mewujudkan masyarakat yang cergas dan aktif di kalangan warga SK Lintang.