Hari Sukan Negara merupakan satu acara wajib dijalankan di sekolah. Hari Sukan Negara ini merupakan acara tahunan di sekolah rendah malahan merupakan sukan yang amat mudah dan boleh disertai oleh semua murid dan orang awam. Ia juga memberikan peluang kepada murid-murid untuk terlibat dalam sukan semasa hayat mereka di bangku persekolahan.