
LAPORAN PROGRAM KECERGASAN KPM PERINGKAT SEKOLAH
SEMPENA HARI SUKAN NEGARA 2024
1.
Perincian Program
Nama Program : Hari Sukan Negara
Tarikh : 11 Oktober 2024
Tempat : Dataran SK Tasek Dermawan
Masa : 8:00 pagi
Pengelola : Unit Kokurikulum SK Tasek Dermawan
2.
Pengenalan
Sambutan Hari Sukan Negara telah diisytiharkan pada setiap hari Sabtu minggu ke dua bulan Oktober setiap tahun. Sambutan Hari Sukan Negara ini merupakan suatu inisiatif Kementerian Belia dan Sukan di mana ia adalah satu langkah proaktif di dalam proses transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah ‘Negara Bersukan’ (Sporting Nation). Hari Sukan Negara ini adalah penting di dalam usaha kerajaan menggalakkan rakyat menerapkan amalan budaya hidup cergas dan aktif memandangkan peratusan masyarakat Malaysia yang aktif bersukan masih lagi rendah
.
Sambutan Hari Sukan Negara adalah melibatkan sektor awam, swasta dan rakyat secara serentak di seluruh negara. Dalam konteks pelaksanaan di peringkat sekolah, Hari Sukan Negara ini mampu melahirkan para guru, murid dan seluruh warga sekolah dalam membudayakan bersukan dalam kehidupan mereka.
3.
Rasional
Melalui program Hari Sukan Negara yang dilaksanakan di peringkat sekolah ini akan merealisasikan hasrat dan inspirasi Kementerian Belia dan Sukan Malaysia bagi menggalakkan dan menjadikan Malaysia sebagai negara yang mempunyai rakyat yang sentiasa bersukan menjadi satu budaya hidup .Program ini turut akan memberikan pengetahuan kepada semua warga sekolah yang terlibat untuk mengamalkan gaya hidup sihat.
4.
Objektif
a) Menggalakkan guru dan murid aktif dalam aktiviti sukan dengan tujuan bagi melahirkan generasi yang cerdas, cergas dan sihat.
b) Menanam serta memupuk kesedaran secara mendalam kepada pegawai, guru, masyarakat setempat dan murid bahawa sukan sebagai unsur bagi menjana kesihatan secara berterusan dan menjadikan sukan sebagai budaya dalam kehidupan seharian.
c) Menjalinkan ikatan perpaduan, memperluaskan pergaulan dan memupuk interaksi yang sihat di kalangan pegawai, guru dan murid berbagai kaum serta masyarakat setempat ke arah melahirkan satu bangsa dan negara yang kuat melalui aktiviti sukan.
6.
Bilangan guru terlibat
40 orang
7.
Peruntukan
RM 400.00
8.
Acara yang dipertandingkan
Senamrobik
Sukaneka murid Prasekolah
Sukaneka Tahun 1 hingga Tahun 6
9.
Pemenang
Prasekolah : Rumah Merah
Tahun 1 : Kelas 1 Tekun
Tahun 2 : Kelas 2 Tekun
Tahun 3 : Kelas 3 Gigih
Tahun 4 : Kelas 4 Gigih
Tahun 5 : Kelas 5 Tekun
Tahun 6 : Kelas 6 Gigih
10.
Penyertaan Murid
Melayu
369 orang
India
24 orang
Cina
0
Lain-lain
4 orang
11.
Jantina
Lelaki
189 orang
Perempuan
208 orang
12.
Jenis Sekolah
SK
13.
Gred Sekolah
B
14.
Lokasi Sekolah
Bandar
15.
Kekuatan
a) Program ini memberi peluang kepada semua murid, guru dan kakitangan untuk terlibat dalam aktiviti sukan.
b) Acara dapat dilaksanakan seperti yang telah dirancang dan dalam tempoh masa yang ditetapkan.
c) Semua peserta melibatkan diri secara aktif dalam semua acara yang dilaksanakan.
16.
Kelemahan
Bilangan murid yang tidak hadir agak ramai.
17.
Penambahbaikan
Membuat hebahan program lebih awal dan promosi perlulah menarik supaya dapat menarik minat murid untuk hadir ke sekolah.
18.
Gambar program
Rujuk Lampiran