
Pengenalan Hari Sukan Negara (HSN) merupakan agenda nasional yang disambut secara tahunan pada hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober dengan hasrat membudayakan sukan dalam kalangan masyarakat menerusi amalan gaya hidup cergas dan aktif selaras dengan kerangka Malaysia MADANI dan Visi Sukan Negara 2030. Rasional Hari Sukan Negara ini diadakan untuk memberikan pengalaman yang menyeluruh kepada semua warga sekolah dalam menyertai acara- acara yang dijalankan. Hari Sukan Negara ini adalah penting di dalam usaha kerajaan menggalakkan rakyat menerapkan amalan budaya hidup cergas dan aktif memandangkan peratusan masyarakat Malaysia yang aktif bersukan masih lagi rendah iaitu pada kadar sekitar 40% berbanding dengan 50-60% di negara maju. Budaya sukan melalui amalan gaya hidup cergas dan aktif pada masa yang sama dapat membantu menurunkan kadar penyakit kronik dikalangan rakyat Malaysia. Objektif i. Melahirkan generasi murid-murid sekolah yang sihat dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. ii. Mengadakan program kecergasan yang sihat untuk warga sekolah. iii. Menyahut seruan Kementerian Pendidikan untuk mengadakan program Hari Sukan Negara.