
Hari Sukan Negara dianjurkan untuk merealisasikan hasrat dan aspirasi untuk menggalak dan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai rakyat yang membudayakan sukan seiring dengan kerangka Malaysia MADANI dan Visi Sukan Negara 2030 (VSN 2030) bagi: Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan bersukan bagi mewujudkan masyarakat yang cergas dan aktif. Memupuk dan menyemakkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum. Meningkatkan pengetahuan sukan dalam kalangan rakyat Malaysia. Meningkatkan ekonomi negara menerusi pembangunan dan pemerkasaan industri sukan. Memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada rakyat Malaysia yang terlibat di dalam pembangunan sukan untuk semua.